20110214

salam maulidur rasul

dalam tiga tahun ni, acapkali.bila menjelang je bulan mulia dalam kalendar Islam. mesti, Tuhan akan uji aku. dan ujian itu tidak lain tidak bukanlah, PMS atau bahasa melayu, haid. sekaligus, menghalang aku untuk melakukan ibadat2 yang disunatkan bila tiba bulan2 mulia ni atau menjejakkan kaki ke masjid untuk mendengarceramah ilmu dan memenuhkan setiap lubang2 kosong dalam jiwa aku, dimana majority-nya dipenuhi dengan dakwat2 hitam

agaknya sebab aku masih belum bersedia. daripada melakukan dosa sambil beribadat. Tuhan gantikan dengan ujian macam ni, supaya kelak. bila tiba peluangnya, aku boleh beribadat dalam keadaan suci dan penuh keikhlasan. bukan agak, tapi macam itulah sebenarnya.

btw,salam maulidur rasul untuk semua umat Islam. sempena mengimbau kembali detik2 bersejarah 12rabiulawal tahun gajah bersamaan 20April571
menangislah kerana rindukan Rasulullah. kerana sebaik2 air mata yang menitis antaranya adalah air mata yang bercucuran kerana mengingati kekasih Allah swt

No comments: